CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 10, 2009

Jadual Persiapan Liga Futsal Kebangsaan Felda 2009-2010

Salam seperti yang sedia maklum pada 7 Oktober 2009, pihak pengurusan telah menerima panggilan dari FAM dan memberi tawaran sama ada SAJ FC masih berminat untuk bermain di Liga Felda Kebangsaan 2009-2010, setelah salah satu pasukan yang layak menarik diri pada kejohanan tersebut. Timbalan Presiden, En Amvoc telah menemui Presiden Kelab SAJ FC Tuan Haji Latib Lamingun bagi merestui penyertaan.


Alhamdullilah, beliau merestui dan insyAllah kami akan beraksi pada Liga Futsal Kebangsaan Felda bagi tahun kedua. Pada dasarnya kami telah layak namun digantung diatas sebab2 tertentu yang telah dinyatakan sebelum ini. Selamat Berjuang kenkawan ;p walaupun dalam waktu yang singkat bagi membuat persiapan. Sila datang training rajin2.. Kami telah pun memulakan latihan pada malam semalam jam 9.15mlm, lari 3.6km di Stadium Larkin. hoy laju weh korunk lari..!! kan warm up jek..malam Isnin terpaksa beat masa tu..jam coach rosak kah? laju sangat sey hahaha.. 22minit..kan disuruh rileks2..kira laju tu wehh T_T. Selepas lari kami dikerah (buruh paksaan) training di court selam satu jam setengah..lembik sey kaki..muka memasing cam udang bakar. Coach Dicky sik gelakkan jek pat luar padang. Agak kurang asam perbuatan beliau..pada mereka yang hadir malam tu..tahniah!! hahahaha kakak ct jek lambat so tak lari 3.6km. Tam, Beckh, Mama, Adeq, Doth hihihi terima kasih diatas komitmen kamu semua..balik mcm nak mintak dukung jew kah3 harus kalau mintak akan diseret jew huk3. Balik kami makan di rumah Yatt :) wee~~

baca lagi klik sini......

Tuesday, October 06, 2009

Jking Futsal Challenge 2009 - Serie 2 ;p

Salam..ahad lepas kami masuk Jking Futsal Challenge kali kedua rasanya anjuran dorang di Johor Bahru. Venue jek berubah sebelum ni dorang buat di Sports Prima, Pandan kali ni di Millennium Soccer, Tmn Anggerik.

Seperti biasa kami berkumpul sebelum bergerak ke venue, bersarapan di Restoran Osman Tmn Bukit Kempas. Berpakaian serba merah di pagi hari raya yang ke 15 ha3 (betul ke). Selepas bersarapan kami bergerak ke venue, aiyooo lama gile nak mula..siap leh ngantok..
kami bernaseb baek kali ini berada di kumpulan B bersama Fly Fc, SIGS, Move It dan IMTD. Perlawanan agak lewat arr habeshh lama giler nak tunggu game budak laki. Lepak la sey, pastu macam kelam kabut jadual tunggang terbalik. Lapo tak payah cakap walaupun di providekan makanan yg sodap. KAMI LAPAR seperti biasa kah3..sebab tunggu lama sangat kowt (ayat kalis ngee~~!). Penyertaan team laki ramai, padang ader 4 jek mana tak jenuh menunggu. Paper pun tahniah la kepada kami mendapat tempat ke-3 kah3..dan tahniah pada team2 lain Aura, Exotic dan IMTD. Sebenarnya aku nak update score tapi tak hengat la geng..yang haku ingat kalah ngan team Exotic 4-0 (korang buat hape ha dasat betull result..lose marking ;p congrates hani!) and penalti masa 3rd-4th dgn IMTD 3-2 ;p

baca lagi klik sini......

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!


SELAMAT HARI RAYA ... MAAF ZAHIR BATIN
DARI KAMI KELAB FUTSAL WANITA SAJ FC

hoy3....selamat hari raya kenkawan....sesama la kita saling bermaafan (kui3 tak leh tahan ayat haku) memane yang kiter ter..terr buat salah tu kan..terlebih bergurau, terconteng muka (ha3 ni mmg perbuatan sengaja bukan ter), ter 'back hand' dlm padang (hati ngah berdarah la ni), terterjah lam padang (baru pas gadoh ngan org tersayang saje kn emo lam padang), termarah-marah lam padang (penat lah tu lari satu padang cam hamster member tak pass bola) kah3, ter menjawab balik sehingga bikin paiseh (bengang la tu ko buat tak pe aku buat salah jek) ha3, ter'pow' beli jajan, beli 'on' (kah3), ter'makan' makanan kenkawan (bese la ni makanan nak smpi ke tuan..mesti kena cukai) halalkan la yea..
wakil dari pihak pemain kamu turut mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada pihak pengurusan...terutama kepada mereka yang sentiasa menemani kami kekeke di padang, yang sentiasa kena kutuk (kutuk dedepan la), dan yang ter'kutuk' di belakang kah3..(bese masa training ngan masa game la ni) hahaha penat sket..kena marah..pat belakang ngomel...muahahahaha..sorii yerkkk!!
kami nak duit rayaaaaaaa!!! kami nak open house!!! kami suka makan!!! ha3...

nota kaki : sori la lama tak update, takdo maso, tenet kek umah buek hal pulok..muahaha...

baca lagi klik sini......

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al Mubarak..

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada muslimin dan muslimat terutama kepada pengunjung blog, penyokong (hik3 perasan), pemain-pemain, ahli keluarga dan rakan-rakan taulan kekekeke...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk korang semua..amin. Eden nak kobar ni..ingat mengingati seshamer kiter ;p

Hahahaha..kepada semua SAJ FC, 'somebody is leaving' dol..so tak do la hasutan yang tak baek2 neyh melainkan korang yang tumbuh tanduk dgn sendirinyo kekeke. Pado yang suko menyakat tu kurang2 kan la dol tak baek weyh sik bahan org (muka suci) ha3, pado yang raso2 ado rezeki terlebih nak buek rumah sentiasa terbukak ajak la kami hik3 bab makan2 neyh kami tak tolak punyo..kepada yang 'berniaga' kah3 kuih rayo ko, baju ko, errr mercun ko ha3 rezeki & untung2 terlebih tu..eden nak mintak duit rayo yo ha3..jumpa korang ditempat training kite seperti biasa pada hari Jumaat 10-12 mlm kemudian sahur bershamer2 he3
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.... :)

baca lagi klik sini......

Friday, August 21, 2009

Aku, Dia, Kami...SAJ FC~!! :)

Salam, selepas beberapa minggu yang stress dan kesedehan ha3..baru tadi kami urmmm apakah yang eden coba kobar ni ha3.. malam yang happy, sangat happy, malam yang terus mendekatkan kami as a team n family ^_^. Perlawanan persahabatan di antara pemain dan officer and supporter SAJ FC.

video

Video di atas adalah aksi coach dicky yang berlagak, tapping bola masuk goal walaupun saat dier tapping bola tu ader style mcm bagus dier tu tapi eden tak sompek nak capture sebab kalut ha3...
Video player bersorak tak leh nak upload la besau sgt..di saat beckh tergolek2 hentak kaki tam tak dapat score ha3, tam bersorak selepas menjaringkan goal ha3 (gaya lebih mcm main BPL jew) kah3, aissshh byk neyh terlepas aksi2 menarik aksi yang mengalan2 (apakah mengalan? mengalan ialah menganjing2 kah3 tak paham laie?? ia ialah perbuatan menyakitkan hati pihak lawan- but op kos ngan cara boleh gelak guling tgk mgmt response ha3).
So disebabkan video lain besar eden adoo attached beberapa gambo yang tak beberapa sedap mato memandang kerana kurang sharp ha3. (den lotak kek new post yo)
Mlm tu budak yang tak berapa nak tinggi a.k.a tam mandi telor samo tepung beras cap gajah kami menyambut bestday beliau bersama anak yatt- abg hik3..terima kasih shumer..HAPPY OK~~!! hahahaha...







baca lagi klik sini......

Pix Malam Yang Besh + Hepi .. ^_^

HEPIII~~!!

coach james n dicky - re start kick ok masher neyh ha3


tam yang cuba menghalang pergerakan chekgu sepul

percubaan dari pihak kami..


apakah yang berlaku?? mengapakah seekor dugong terbaring ha3

baca lagi klik sini......

Thursday, August 13, 2009

Rain or Shine SAJ FC Still Stands ~ ^_^ Thanks People... <3

Salam..lama tak update ha3..bz lor keja banyak sik cuti jew kekeke..seperti yang telah diketahui, play-off di Sports Arena, Klang minggu lepas telah kami gagal dalam melayakkan diri ke Liga Futsal Kebangsaan Felda musim 09/10. Kami telah tewas kepada pasukan Kedah dan MPSJ dengan keputusan 2-0 dan 1-0.

Sudah pastinya, kami maseh lagi bersedey dengan keputusan drastik kami digantung, di arahkan bermain semasa play-off dan perlu menggunakan nama pasukan lain. Beberapa masalah timbul apabila ada diantara pemain enggan menerima keadaan yang berlaku dan patah semangat apabila mengetahui kami dilarang sama sekali menggunakan nama SAJ FC. Thanks all, can feel ur SOUL here with US...
Apa yang pasti, pasukan lain yang sememangnya bersedia untuk beraksi bagi play off ini masing-masing bermain dengan baik. Tahniah kepada yang berjaya~!!..
Walaupun pulang dgn tgn kosong, kegagalan ini mampu memberi pengajaran dan menjadi titik tolak bagi kami memperbetulkan kelemahan2 yang ada didalam pasukan. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana terus menyokong kami, kepada pemain-pemain luar yang dijemput bermain Noh, Ad dan Dot terima kasih. Pada semua SAJ FC ^_^...thanks!!
Terima kasih kerana masih menjadi org yang sama, org yang masih terus berjuang, org yang masih mampu tersenyum dalam tangis, org yang masih terus bersama dalam susah dan senang.... wassalam.. <3

baca lagi klik sini......