CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 29, 2009

Majlis Makan Malam Felda Kebangsaan..


Salam, baru sahaja tadi berlansung majlis makan malam dan pemberian wang kemenangan Liga Futsal Kebangsaan Felda 2008-2009, walaupun agak terlewat sampai gak hari yang ditunggu hi3 kelewatan majlis disebabkan oleh kelewatan penerimaan wang dari pihak PBNJ kots.
Majlis diadakan di restoran Remaja, Uda. Beberapa pemain tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar JB dan shaye pun tak pasti kenapa mereka tak hadir hahaha ade hal penting yang perlu dihadiri. Hampir semua pegawai hadir Yang Dipertua SAJ FC, Tuan Haji Latib Lamingun dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Dipertua SAJ FC, jurulatih2 dan pegawai2 serta kapitan pasukan. Majlis diteruskan dengan makan malam.Selesai makan malam penyampaian sijil dan wang kemenangan diberikan.
Perhargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pemain-pemain atas komitmen sepanjang kejohanan berlansung, terima kasih kerana membawa nama syarikat tanpa berbelah bagi. Semoga usaha ini berterusan dan memastikan SAJ FC terus cemerlang. Pendedahan yang diterima sepanjang kejohanan diharapkan dapat mematangkan lagi dan memberi pengalaman berharga kepada SAJ FC.
Selesai penyampaian hadiah, kami pun bersurai memandang shumer perlu bekerja keesokan hari nya..kiter enjoy labour day ti eh hihihi..oh yep nice sijil credit to En Ahmad Fatah Bin Zubir :) & Cik Amira Sariati ha3 full name..maceh..
Thanks to all sekali lagi.......



baca lagi klik sini......

Monday, April 27, 2009

Perlawanan persahabatan Kolej Jururawat Batu Pahat..

Pada 26 April 2009, SAJ FC telah "bersahabat" hihihi dengan Kolej Jururawat Batu Pahat. Terima kasih kepada pihak kolej tersebut yang sudi "bersahabat" dan sudi kontek2 koling2 cik Yatt. Credit tuk GoFutsal kerana menjadi pemangkin bagi team-team futsal se-Malaysia dapat berhubung hihihi skema ayat haku..
Perlawanan bermula kira-kira jam 9.30 pagi, pengadil En.Jamal telah dijemput untuk mengadili perlawanan tersebut. Perlawanan dijalankan sebanyak 3 kuota setiap kuota selama 20minit dan kemenangan berpihak kepada SAJ FC.
Selesai perlawanan,jamuan kecil-kecilan di adakan, terima kasih kepada pihak Kolej Jururawat Batu Pahat, jgn serik yea dtg JB,carik kami laie..heeee :)

baca lagi klik sini......

Monday, April 06, 2009

Kejohanan Pengadil-Pengadil Johor...

SAJ FC..

huhuhu memang bekalan korang ek kad neyh..

sarapan di restoran Mak Limah hik3

Pada 05 April 2009, julung kali selepas kejohanan felda kebangsaan SAJ FC menyertai kejohanan luar yang di adakan di Sport Prima, Pandan JB.
Pemain-pemain yang terlibat Yatt, Mira(mama), Yash, Tam, Ain, Zorro,Zu dan Ila. Pada awal perancangan SAJ FC bercadang menghantar 2 pasukan namun disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan oleh pemain,mereka tidak mampu memberi komitmen pada hari tersebut.
Pemain berkumpul di Restoran Mak Limah di Kg Melayu (hehe besh lak sebut nama restoran neyh hahaha) untuk sarapan kemudian bergerak bersama ke kawasan kejadian..
Alhamdulllialh walaupun kejohanan tersebut tamat agak lewat SAJ FC berjaya mendapat tempat ke -2. Coach berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Berikut keputusan perlawanan..
1st round SAJ FC vs Kulai Gurl A 5-1 , SAJ FC vs UTM Girls 5-0 , 2nd round Kulai Girl B 3-0 , 3rd round Flying Girl 2-1, semi final SAJ FC vs Doth FC A 0-0 (sepakan penalti 4-2) dan final SAJ FC vs Funky Firl 2-3

baca lagi klik sini......