CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 10, 2009

Jadual Persiapan Liga Futsal Kebangsaan Felda 2009-2010

Salam seperti yang sedia maklum pada 7 Oktober 2009, pihak pengurusan telah menerima panggilan dari FAM dan memberi tawaran sama ada SAJ FC masih berminat untuk bermain di Liga Felda Kebangsaan 2009-2010, setelah salah satu pasukan yang layak menarik diri pada kejohanan tersebut. Timbalan Presiden, En Amvoc telah menemui Presiden Kelab SAJ FC Tuan Haji Latib Lamingun bagi merestui penyertaan.


Alhamdullilah, beliau merestui dan insyAllah kami akan beraksi pada Liga Futsal Kebangsaan Felda bagi tahun kedua. Pada dasarnya kami telah layak namun digantung diatas sebab2 tertentu yang telah dinyatakan sebelum ini. Selamat Berjuang kenkawan ;p walaupun dalam waktu yang singkat bagi membuat persiapan. Sila datang training rajin2.. Kami telah pun memulakan latihan pada malam semalam jam 9.15mlm, lari 3.6km di Stadium Larkin. hoy laju weh korunk lari..!! kan warm up jek..malam Isnin terpaksa beat masa tu..jam coach rosak kah? laju sangat sey hahaha.. 22minit..kan disuruh rileks2..kira laju tu wehh T_T. Selepas lari kami dikerah (buruh paksaan) training di court selam satu jam setengah..lembik sey kaki..muka memasing cam udang bakar. Coach Dicky sik gelakkan jek pat luar padang. Agak kurang asam perbuatan beliau..pada mereka yang hadir malam tu..tahniah!! hahahaha kakak ct jek lambat so tak lari 3.6km. Tam, Beckh, Mama, Adeq, Doth hihihi terima kasih diatas komitmen kamu semua..balik mcm nak mintak dukung jew kah3 harus kalau mintak akan diseret jew huk3. Balik kami makan di rumah Yatt :) wee~~

baca lagi klik sini......

Tuesday, October 06, 2009

Jking Futsal Challenge 2009 - Serie 2 ;p

Salam..ahad lepas kami masuk Jking Futsal Challenge kali kedua rasanya anjuran dorang di Johor Bahru. Venue jek berubah sebelum ni dorang buat di Sports Prima, Pandan kali ni di Millennium Soccer, Tmn Anggerik.

Seperti biasa kami berkumpul sebelum bergerak ke venue, bersarapan di Restoran Osman Tmn Bukit Kempas. Berpakaian serba merah di pagi hari raya yang ke 15 ha3 (betul ke). Selepas bersarapan kami bergerak ke venue, aiyooo lama gile nak mula..siap leh ngantok..
kami bernaseb baek kali ini berada di kumpulan B bersama Fly Fc, SIGS, Move It dan IMTD. Perlawanan agak lewat arr habeshh lama giler nak tunggu game budak laki. Lepak la sey, pastu macam kelam kabut jadual tunggang terbalik. Lapo tak payah cakap walaupun di providekan makanan yg sodap. KAMI LAPAR seperti biasa kah3..sebab tunggu lama sangat kowt (ayat kalis ngee~~!). Penyertaan team laki ramai, padang ader 4 jek mana tak jenuh menunggu. Paper pun tahniah la kepada kami mendapat tempat ke-3 kah3..dan tahniah pada team2 lain Aura, Exotic dan IMTD. Sebenarnya aku nak update score tapi tak hengat la geng..yang haku ingat kalah ngan team Exotic 4-0 (korang buat hape ha dasat betull result..lose marking ;p congrates hani!) and penalti masa 3rd-4th dgn IMTD 3-2 ;p

baca lagi klik sini......

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!


SELAMAT HARI RAYA ... MAAF ZAHIR BATIN
DARI KAMI KELAB FUTSAL WANITA SAJ FC

hoy3....selamat hari raya kenkawan....sesama la kita saling bermaafan (kui3 tak leh tahan ayat haku) memane yang kiter ter..terr buat salah tu kan..terlebih bergurau, terconteng muka (ha3 ni mmg perbuatan sengaja bukan ter), ter 'back hand' dlm padang (hati ngah berdarah la ni), terterjah lam padang (baru pas gadoh ngan org tersayang saje kn emo lam padang), termarah-marah lam padang (penat lah tu lari satu padang cam hamster member tak pass bola) kah3, ter menjawab balik sehingga bikin paiseh (bengang la tu ko buat tak pe aku buat salah jek) ha3, ter'pow' beli jajan, beli 'on' (kah3), ter'makan' makanan kenkawan (bese la ni makanan nak smpi ke tuan..mesti kena cukai) halalkan la yea..
wakil dari pihak pemain kamu turut mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada pihak pengurusan...terutama kepada mereka yang sentiasa menemani kami kekeke di padang, yang sentiasa kena kutuk (kutuk dedepan la), dan yang ter'kutuk' di belakang kah3..(bese masa training ngan masa game la ni) hahaha penat sket..kena marah..pat belakang ngomel...muahahahaha..sorii yerkkk!!
kami nak duit rayaaaaaaa!!! kami nak open house!!! kami suka makan!!! ha3...

nota kaki : sori la lama tak update, takdo maso, tenet kek umah buek hal pulok..muahaha...

baca lagi klik sini......

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al Mubarak..

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada muslimin dan muslimat terutama kepada pengunjung blog, penyokong (hik3 perasan), pemain-pemain, ahli keluarga dan rakan-rakan taulan kekekeke...semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk korang semua..amin. Eden nak kobar ni..ingat mengingati seshamer kiter ;p

Hahahaha..kepada semua SAJ FC, 'somebody is leaving' dol..so tak do la hasutan yang tak baek2 neyh melainkan korang yang tumbuh tanduk dgn sendirinyo kekeke. Pado yang suko menyakat tu kurang2 kan la dol tak baek weyh sik bahan org (muka suci) ha3, pado yang raso2 ado rezeki terlebih nak buek rumah sentiasa terbukak ajak la kami hik3 bab makan2 neyh kami tak tolak punyo..kepada yang 'berniaga' kah3 kuih rayo ko, baju ko, errr mercun ko ha3 rezeki & untung2 terlebih tu..eden nak mintak duit rayo yo ha3..jumpa korang ditempat training kite seperti biasa pada hari Jumaat 10-12 mlm kemudian sahur bershamer2 he3
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.... :)

baca lagi klik sini......

Friday, August 21, 2009

Aku, Dia, Kami...SAJ FC~!! :)

Salam, selepas beberapa minggu yang stress dan kesedehan ha3..baru tadi kami urmmm apakah yang eden coba kobar ni ha3.. malam yang happy, sangat happy, malam yang terus mendekatkan kami as a team n family ^_^. Perlawanan persahabatan di antara pemain dan officer and supporter SAJ FC.



Video di atas adalah aksi coach dicky yang berlagak, tapping bola masuk goal walaupun saat dier tapping bola tu ader style mcm bagus dier tu tapi eden tak sompek nak capture sebab kalut ha3...
Video player bersorak tak leh nak upload la besau sgt..di saat beckh tergolek2 hentak kaki tam tak dapat score ha3, tam bersorak selepas menjaringkan goal ha3 (gaya lebih mcm main BPL jew) kah3, aissshh byk neyh terlepas aksi2 menarik aksi yang mengalan2 (apakah mengalan? mengalan ialah menganjing2 kah3 tak paham laie?? ia ialah perbuatan menyakitkan hati pihak lawan- but op kos ngan cara boleh gelak guling tgk mgmt response ha3).
So disebabkan video lain besar eden adoo attached beberapa gambo yang tak beberapa sedap mato memandang kerana kurang sharp ha3. (den lotak kek new post yo)
Mlm tu budak yang tak berapa nak tinggi a.k.a tam mandi telor samo tepung beras cap gajah kami menyambut bestday beliau bersama anak yatt- abg hik3..terima kasih shumer..HAPPY OK~~!! hahahaha...







baca lagi klik sini......

Pix Malam Yang Besh + Hepi .. ^_^

HEPIII~~!!

coach james n dicky - re start kick ok masher neyh ha3


tam yang cuba menghalang pergerakan chekgu sepul

percubaan dari pihak kami..


apakah yang berlaku?? mengapakah seekor dugong terbaring ha3

baca lagi klik sini......

Thursday, August 13, 2009

Rain or Shine SAJ FC Still Stands ~ ^_^ Thanks People... <3

Salam..lama tak update ha3..bz lor keja banyak sik cuti jew kekeke..seperti yang telah diketahui, play-off di Sports Arena, Klang minggu lepas telah kami gagal dalam melayakkan diri ke Liga Futsal Kebangsaan Felda musim 09/10. Kami telah tewas kepada pasukan Kedah dan MPSJ dengan keputusan 2-0 dan 1-0.

Sudah pastinya, kami maseh lagi bersedey dengan keputusan drastik kami digantung, di arahkan bermain semasa play-off dan perlu menggunakan nama pasukan lain. Beberapa masalah timbul apabila ada diantara pemain enggan menerima keadaan yang berlaku dan patah semangat apabila mengetahui kami dilarang sama sekali menggunakan nama SAJ FC. Thanks all, can feel ur SOUL here with US...
Apa yang pasti, pasukan lain yang sememangnya bersedia untuk beraksi bagi play off ini masing-masing bermain dengan baik. Tahniah kepada yang berjaya~!!..
Walaupun pulang dgn tgn kosong, kegagalan ini mampu memberi pengajaran dan menjadi titik tolak bagi kami memperbetulkan kelemahan2 yang ada didalam pasukan. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana terus menyokong kami, kepada pemain-pemain luar yang dijemput bermain Noh, Ad dan Dot terima kasih. Pada semua SAJ FC ^_^...thanks!!
Terima kasih kerana masih menjadi org yang sama, org yang masih terus berjuang, org yang masih mampu tersenyum dalam tangis, org yang masih terus bersama dalam susah dan senang.... wassalam.. <3

baca lagi klik sini......

Thursday, August 06, 2009

Felda...Felda....Felda.....Felda...

Salam..kami akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari esok untuk bermain di 'play off' bagi melayakkan diri untuk beraksi di Liga Futsal Kebangsaan 2009/2010. Pada dasarnya, di atas nama kelab SAJ FC kami telah layak untuk bermain di kejohanan ini yang dijangka akan bermula pada bulan Oktober ini. Disebabkan masalah teknikal dan kelab kami telah digantung daripada beraksi. Berbekal latihan intensif selama seminggu kami akan mengharungi cabaran ini. Beberapa pemain seperti Noh, Doth and Ad dijemput bermain bagi melengkapkan pasukan MJ-AJ ( Melodies Jaya-Air Johor) ;p.

Terima kasih pihak berwajib yang membantu kami agar terus dapat bermain di kejohanan ini. Mengikut perancangan kami akan bertolak pada jam 7.45 malam. Undian akan dijalankan pada pagi Jumaat. Sports Arena, Klang merupakan venue kejohanan. Kelab wanita secara keseluruhan mempunyai 9 pasukan dan merebut 5 tempat kekosongan. Pasukan yang berjaya menjadi johan pada pusingan pertama 'play off" ini, secara automatiknya mereka telah mendapat tempat untuk beraksi pada Oktober ini. Terima kasih kepada semua pemain diucapakan ribuan terima kasih diatas semangat dan komitmen anda. Walaupun pada mulanya semua kecewa dengan keputusan penggantungan ini, seperti kata coach kita hanya menumpang nama hakikatnya kita tetap SAJ FC. Diharapkan perjalanan kita dari JB hinggalah tamat kejohanan selamat dan diberkati. Terima kasih kepada Noh, Doth dan Ad kerana sudi bermain dan memperkukuhkan pasukan ini. Salam perjuangan kepada MJ-AJ (SAJ FC), berikan yang terbaik! 200% guys~~!!

baca lagi klik sini......

Sunday, August 02, 2009

Felda 'Play Off' - 8 Ogos 2009

Salam..seperti korang tau ni kiter kena main play off. Sedey giler bila dgr mcm ni. Kelayakan kiter bermain di Liga Super Kebangsaan di tarik disebabkan nama kelab telah digantung oleh FAM. Ujian ke semua ni? Eden percayo korang shumer mcm nak nanes saat dgr keputusan ni dikeluarkan. what we have done? apa salah kami?

Makluman mengenai larangan bermain imetro tak sampai ke saluran yang benar. Susah ke nak sampaikan? Seriously.. 'korang' make us even stronger!!.. As people know, SAJ FC baru start with foundation training.Sekarang nie nak ke tak nak kami kena bersedia untuk 'play off' pada 8 Ogos 2009...kami akan bermain di atas nama kelab lain. terima kasih pada mereka yang terus menyokong kami. pada semua pemain, kiter follow apa management plan..mcmane sukar pun perjalanan kali ni..hope kiter tetap orang yang sama, misi dan azam kiter sentiasa seiring (sob sob sob)..sayang kowangg shumer...

baca lagi klik sini......

Saturday, July 18, 2009

Harian Metro Zon Selatan 2009..

Selamat malam yang sepi ini, eden menyampaikan pesanan dari Coach sekali lagi kepada pemain-pemain yang melibatkan diri pada hari Ahad ini bagi Harian Metro Selatan 2009. Anda diminta menjaga diri baik-baik, jaga displin dan elakkan kecederaan. Diharapkan dengan penglibatan anda semua memberi kesan positif kepada diri anda dan kita semua hahahahaha. Pemain-pemain yang bermain ialah..


Pai & Yatt - A7 GT
Mira - Coba Aje Lah!
Tam & Yash - DOTH FC
Ain & Abg - NJAC
Beck - Aura FC


Salam maju jaya....

p/s : bagi yang ader bermain selain senarai di atas maklumkan kepada yang berkenaan yea..tq

baca lagi klik sini......

Friday, July 17, 2009

M1 : Larian 3.6km

Salam, minggu pertama (M1) bagi 'foundation week' telah bermula. Latihan berjalan seperti yang dijadualkan. Larian 3.6km dilaksanakan dgn jayanya bagi mereka yang hadir (bagai nak pocah dada kekekeke). Tahniah bagi mereka yang lengkap yea larian nyer pada minggu ini. Pada yang tak lengkap anda dikira berhutang dan perlu menggantikannya ;p. Mengikut jadual, larian ini akan tamat pada sesi latihan minggu hadapan iaitu pada 23hb Ogos 2009 untuk melengkapkan larian 21km sebelum memulakan latihan padang dengan fizikal yang lebih bersedia cheewahh ;p. Eden akan upload jadual bagi catatan masa yang hadir. berdasarkan rekod yang tercatat tahniah diucapkan peningkatan prestasi dari hari ke hari memberangsangkan diharap ianya berterusan. Sila lihat catatan masa anda sebagai rujukan..(den blom bole upload hu3..email tak sampai2 laie huhu)



baca lagi klik sini......

Saturday, July 11, 2009

Jadual Latihan Felda-FAM 2009..

Salam...seperti yang telah diketahui pihak Felda-FAM telah pun menhantar surat pemberitahuan berkenaan Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM 2009 akan bermula pada bulan Oktober. 16 pasukan akan bertanding pada liga ini. 12 pasukan teratas pada pusingan lepas secara automatik layak bermain pada kejohanan ini, sebanyak 4 pasukan lagi akan dipilih dan akan bermain "play off" bermula pada 8hb Ogos 2009 ini. Coach telah pun menyediakan jadual latihan intensif bagi persediaan menghadapi kejohanan ini. Diharapkan pemain-pemain akan memberikan komitmen sewajarnya dan menyusun jadual harian masing-masing agar tidak menggangu waktu latihan ;D (dlm hati "banyak cantikk..tak kan nak main putsal jew" kah3). Sila semak jadual berikut ;p tq...









baca lagi klik sini......

Tuesday, June 30, 2009

Jking Futsal Challenge 2009..

Salam pada hari Ahad 28/06/09 kami telah menghantar pasukan untuk bertanding di Jking Futsal Challenge. Kami telah menghantar 2 pasukan SAJ 'A' terdiri dari Ain, Abang, Zorro, 5 pemain undangan (clap2) Sahid, Maira, Dayah, Yaya & Fatin manakala SAJ 'B' terdiri dari Yatt, haku, Mama, Yash, Tam, Kakak, Beckh dan pemain undangan juga (ha3) Kent

Walaupun ketiadaan Coach Jamali. Terima kasih diucapkan kepada Coach Dicky yang menjaga kami dan juga En. Amvoc yang datang memberi sokongan. Kepada Coach Dicky maapnyer balik kamu kebasahan ha3 dimandi aisss sejukkkkk kah3 kepada SAJ 'A' salute sama korang!semangat korang beshhh! gilerr hebatt!berjaya menumpaskan team adek beradik sendiri di suku akhir dan kemudian layak ke final!! Final hihihi seperti apa kata coach mcmane sekali cara pun kemenangan yang korang capai. usaha dan semangat kamu semua kami hargai!thanks to Sahid dan kawan2 serta Kent ti dtg lagi yea :) berikut keputusan sepanjang perlawanan..

SAJ 'A'

1st round ~~ SAJ 'A' vs Poon FC 5-0 ; SAJ 'A' vs Aura FC 0-2 ; SAJ 'A' vs GBS 2-1
suku ~~ SAJ 'A' vs SAJ 'B' 1-2 (penalti 2-0)
semi ~~ SAJ 'A' vs Dara FC 2-0
akhir ~~ SAJ 'A' vs Aura FC 0-0 (penalti 2-2) -> toss coin ;D ha3 rezeki!!

SAJ 'B'
1st round ~~SAJ 'B' vs Fly FC 2-1 ; SAJ 'B' vs Funky Girl 4-0 ; SAJ 'B' vs Cara FC 2-0
suku ~~SAJ 'B' vs SAJ 'A' - lemas baju balik kg ha3!!


baca lagi klik sini......

Monday, June 29, 2009

Pix Jking 2009..

Gambar kami sepanjang kejohanan Jking Futsal Challenge.. :)

(diri) sahid, zorro, ain, (duduk) maira, dayah - SAJ 'A'

one man show - dicky sofian aman ramli ha3..handle dua team

mana nak menang gambo jek keje korang ha3..

selepas kecundang di tgn SAJ 'A'

ha3..sori dude tradisi tetap berjalan walau siapa pun kamu

~mangsa mandi ais - hepi best day coach!

baca lagi klik sini......

Wednesday, June 17, 2009

Aktiviti Bebas Ha3...

Salam all..malam jumaat mcm bese har3 training pat KBS. Mlm semalam seperti malam aktiviti bebas bagi kami keh3 sowi coach..Coach Jamali gi ganu maka kami bermain bola. "saya suka main bola", "hari-hari saya main bola", "coach tak da, saya main bola main-main" har3..

ramai gaks yang datang malam tu leh la main two side sambil d support coach dicky, fareez, bro fizi dan sorang bro tak tau kami namanye. Giler cantek main,(cross finger kah3) mcm coach cakap main still mcm bese possesion,formation jgn lari shumer kasik apply. main sampai lebam! air 3 botol tak cukup kah3. nak muntah pun ada aiseyy score tak hingat la pulak, adeh tapi dah lama tak main cam tu cam kaki bangku lah haku neh ha3 bahan2 mlm tu. paper pun enjoy..hu3 wei jumaat depan jgn tak datang pulok korang..mamposh muntah darah nyer coach jamali bagi training kah3 bersiap sedia la memasing! kah3 masa brief coach dicky isu pasal first ball and readyness masih OUTTTT. oh yep coach yus ade dtg jenguk jap baru lik dari KOrea huhu free from H1N1 kata nyer, rindu nak fitness ngan coach yus wakakakaka..harus pitam memasing *!$#%^*$%#$*%^*%^ kekekeke..

baca lagi klik sini......

Tuesday, May 26, 2009

Games di Sport Prima...

Pada 24/05/2009, Sports Prima sekali lagi menganjurkan kejohanan futsal wanita. SAJ FC turut menghantar wakil bagi kejohanan tersebut. Antara permain yang terlibat Yatt,Mira,Yash,Tam,Kakak CT, Beckh, Ain (ha3) dan abg (dijemput). SAJ FC mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan dan cuba sekali lagi hehehe di sini saya ingin menyeru semua pasukan-pasukan futsal wanita.Jom la masuk game ramai2. Lagi ramai lagi meriah lagi best hahahaha seruan ini disebabkan penyertaan kejohanan lepas bagi saya hambar hu3 sekian dari bilik berita. Oh yeap berikut keputusan kejohanan....

First Round ; SAJ FC vs Crazy World 4-0 , SAJ FC vs MU 2-0
Second Round ; SAJ FC vs Putra Ria 1-0
Semi Final ; SAJ FC vs Dara FC 2-3 (penalti)
3rd-4th place ; SAJ FC vs Funky Girl 2-3 (penalti)

baca lagi klik sini......

Saturday, May 09, 2009

Kami telah disayur..

Salam semalam kami telah disayur.Sparring antara SAJ FC dan Funky Girl. Secara amnya nampak kind of frenly la semalam tuwh tapi kami intend to make it like sparring. So keputusan, Funky Girl menang dgn bergaya. SAJ FC telah melakukan beribu2 kesilapan hu3. Antara kepincangan yang berlaku ialah possesion, no movement and the worst is our first ball touch.

Mungkin semangat dan motivasi diri kurang? ye lah pantang takde full squad semacam main, bukan alasan kot??.Coach marah tahap cipan hu3 coz kami looks like doesn't take seriously diz match while the opponent eager to play,to win and play well. So ini merupakan pengajaran la banyak yang coach tegur. last sekali, rilekssssss coach cakap mana yang ditegur tolong simpan dan gunakan.Pada 24hb Mei mungkin ada game di Sports Prima, latihan akan diadakan pada Jumaat malam dan Ahad pagi.Jumpa kamu semua Jumaat akan datang yep!

baca lagi klik sini......

Wednesday, May 06, 2009

SAJ FC vs CIMB

Malam tadi berlangsung perlawanan persahabatan antara SAJ FC dengan CIMB tak sure cawangan mana hu3 kakak ct karlina yang arrange. Perlawanan bermula kira-kira jam 9.15 malam di Apollo. Semalam coach try adapt 5 vs 4 di mana keeper turut bermain as midfielder. Keeper bermain sebagai "play maker" and create possesion between teammates.

Coach tekankan "body position" and first ball ketika berada di goal post area. Padang kecik so SAJ FC blur ha3 tak reti lari ke mana, coach mintak semua bergerak seperti biasa dan cuba sesuaikan diri dengan padang. SAJ FC menang dan kira-kira jam 10.25 malam selepas briefing dan warm down kami pun bersurai..hari jumaat insyAllah kiter sparring ngan team Funky Girl sparring yea bukan frenly :)..

baca lagi klik sini......

Wednesday, April 29, 2009

Majlis Makan Malam Felda Kebangsaan..


Salam, baru sahaja tadi berlansung majlis makan malam dan pemberian wang kemenangan Liga Futsal Kebangsaan Felda 2008-2009, walaupun agak terlewat sampai gak hari yang ditunggu hi3 kelewatan majlis disebabkan oleh kelewatan penerimaan wang dari pihak PBNJ kots.
Majlis diadakan di restoran Remaja, Uda. Beberapa pemain tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar JB dan shaye pun tak pasti kenapa mereka tak hadir hahaha ade hal penting yang perlu dihadiri. Hampir semua pegawai hadir Yang Dipertua SAJ FC, Tuan Haji Latib Lamingun dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Dipertua SAJ FC, jurulatih2 dan pegawai2 serta kapitan pasukan. Majlis diteruskan dengan makan malam.Selesai makan malam penyampaian sijil dan wang kemenangan diberikan.
Perhargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pemain-pemain atas komitmen sepanjang kejohanan berlansung, terima kasih kerana membawa nama syarikat tanpa berbelah bagi. Semoga usaha ini berterusan dan memastikan SAJ FC terus cemerlang. Pendedahan yang diterima sepanjang kejohanan diharapkan dapat mematangkan lagi dan memberi pengalaman berharga kepada SAJ FC.
Selesai penyampaian hadiah, kami pun bersurai memandang shumer perlu bekerja keesokan hari nya..kiter enjoy labour day ti eh hihihi..oh yep nice sijil credit to En Ahmad Fatah Bin Zubir :) & Cik Amira Sariati ha3 full name..maceh..
Thanks to all sekali lagi.......



baca lagi klik sini......

Monday, April 27, 2009

Perlawanan persahabatan Kolej Jururawat Batu Pahat..

Pada 26 April 2009, SAJ FC telah "bersahabat" hihihi dengan Kolej Jururawat Batu Pahat. Terima kasih kepada pihak kolej tersebut yang sudi "bersahabat" dan sudi kontek2 koling2 cik Yatt. Credit tuk GoFutsal kerana menjadi pemangkin bagi team-team futsal se-Malaysia dapat berhubung hihihi skema ayat haku..
Perlawanan bermula kira-kira jam 9.30 pagi, pengadil En.Jamal telah dijemput untuk mengadili perlawanan tersebut. Perlawanan dijalankan sebanyak 3 kuota setiap kuota selama 20minit dan kemenangan berpihak kepada SAJ FC.
Selesai perlawanan,jamuan kecil-kecilan di adakan, terima kasih kepada pihak Kolej Jururawat Batu Pahat, jgn serik yea dtg JB,carik kami laie..heeee :)

baca lagi klik sini......

Monday, April 06, 2009

Kejohanan Pengadil-Pengadil Johor...

SAJ FC..

huhuhu memang bekalan korang ek kad neyh..

sarapan di restoran Mak Limah hik3

Pada 05 April 2009, julung kali selepas kejohanan felda kebangsaan SAJ FC menyertai kejohanan luar yang di adakan di Sport Prima, Pandan JB.
Pemain-pemain yang terlibat Yatt, Mira(mama), Yash, Tam, Ain, Zorro,Zu dan Ila. Pada awal perancangan SAJ FC bercadang menghantar 2 pasukan namun disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan oleh pemain,mereka tidak mampu memberi komitmen pada hari tersebut.
Pemain berkumpul di Restoran Mak Limah di Kg Melayu (hehe besh lak sebut nama restoran neyh hahaha) untuk sarapan kemudian bergerak bersama ke kawasan kejadian..
Alhamdulllialh walaupun kejohanan tersebut tamat agak lewat SAJ FC berjaya mendapat tempat ke -2. Coach berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Berikut keputusan perlawanan..
1st round SAJ FC vs Kulai Gurl A 5-1 , SAJ FC vs UTM Girls 5-0 , 2nd round Kulai Girl B 3-0 , 3rd round Flying Girl 2-1, semi final SAJ FC vs Doth FC A 0-0 (sepakan penalti 4-2) dan final SAJ FC vs Funky Firl 2-3

baca lagi klik sini......

Friday, March 20, 2009

Frenly 3 Penjuru..

Salam..perlawanan persahabatan 3 penjuru telah di jalankan di Kompleks Belia Sukan pada jam 10.00 malam di antara SAJ FC, MBJB dan Doth FC.
Perlawanan di jalankan mengikut undang2 sebenar futsal alhamdullilah segalanya berjalan lancar keputusannya SAJ FC vs MBJB dengan jaringan 7-3 dan SAJ FC vs Doth FC 2-0. Kerjasama dari semua pihak dan semangat kesukanan dari kelab yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih.

baca lagi klik sini......

Wednesday, February 25, 2009

Gunung Besout Trolak, Perak..

baru sampai di Felda Trolak..

briefing selepas warm up di venue

di hostel tunggu bas..b4 tourney

warm up b4 tourney..

pepagi nak gi warm up...

Salam..lama tak update blog neyh bz lazy and crazy..keputusan pun dah diketahui umum johan di sana dirangkul oleh pasukan PDRM.terima kasih kepada yang terlibat dan memberi sokongan..walaupun kita disayur tapi kecekalan dan semangat kesungguhan yang diberikan di ucapkan ribuan terima kasih...caiyok2..kita akan meneruskan cabaran pada bulan Oktober nanti insyAllah....

baca lagi klik sini......

Wednesday, January 14, 2009

Trolak , Perak...




Salam...hari esok bermula perjalanan kami ke Trolak , Perak.Grand Final Liga Futsal Kebangsaan Felda - FAM 2008 / 2009. Petang tadi pihak pengurusan mengadakan tea break bersama yang Di Pertua SAJ FC Tuan Haji Lateb Lamingun, beliau menyampaikan beberapa amanat dan pesanan. Semakin kuat debaran dirasa, perjuangan dan perjalanan kami sudah bermula dari malam kelmarin saat terakhir keluar dari padang ( last session training ), tanggungjawab yang diberikan perlu di laksanakan sebaik mungkin.
Mind set??? kamu tahu lah~~!!!..5 pasukan yang akan kami jumpa bukan calang2 team, pesanan coach "just play our own game"..urmmm..baik coach....insyAllah..
Once again, tanpa sokongan semua pihak tak mungkin sejauh ini kami mampu melangkah..terima kasih. Kami akan cuba yang terbaik.....Semoga segala yang di rancang akan berjalan lancar...insyAllah..sebelum bersurai...kami dapat track top baru..hu3..JOMA~~!!! actually cari kaler merah biru..tada stock, kaler biru laut lakss pun shamer..& lastly kaler kunen~~!! shamer ngan beg da....paper pun terima kasih SAJ FC..terima kasih JOMA..
terima kasih yang sentiasa menyokong kami..............last but not least kenkawan gofutsal..cikxai,bro angah,bro pecalali,lady_b,cik qaseh aleya,ceejay..cik mod nyer stewart kui3..dan shumer yang selalu ader pat shoutbox thankss all~~!!
doakan kejayaan kami..insyAllah....

nota kaki : track top baru hik3..shamer ngan beg travel...JOMA..kan.. :)

baca lagi klik sini......

Sunday, January 11, 2009

Photo Shoot..

ah-ha..SAJ FC !!~~ serius muka korang ekh

wei row ko tak cantik yatt wakakaka...

kami laie~~!! JOMA..kan

duduk simpuh..bangun cam nak cramp haha...

kesengalan bermula...

satit auw..jatuh...

poyo nyer coach dicky perasaan kamu ney..

Salam..hari Sabtu 10 Januari 2009 kami wat photo shoot tuk sponsor kami JOMA..huhuhu..ramai yang tak dapat hadir so mana yang ade je la amik gambo tuwh...so ni antara gambar2 yang amik huhuhu..sian abang tu melayan kami yang memang tak leh jumpa kamera ni wakakakaka...

baca lagi klik sini......

Friday, January 02, 2009

Enam sah tempat ke Grand Final..

Setinggi - tinggi perhargaan kepada CEO Ahmad Zahdi Jamil , COO Abdul Wahab Abdul Hamid kerana memberi restu , Yang DiPertua SAJ FC Tuan Haji Latib Lamingun , Pemangku Yang DiPertua En Ambok Suloh Lakambak , ahli - ahli jawatankuasa SAJ FC yang memberi sokongan tanpa henti.Terima kasih tak terhingga kepada jurulatih kami En Jamali Ishak , yang tanpa jemu membimbing kami dari awal pembabitan kami di arena ini.Tidak lupa kepada En Dicky Sofian Aman Ramli pembantu jurulatih kami terima kasih...
Kepada staff SAJH, penyokong dan mereka yang terlibat secara lansung atau tidak, doa dan sokongan anda semua anda amat kami hargai.Sokongan yang berterusan dari pihak tuan/puan amat kami harapkan dalam meneruskan perjuangan di Grand Final Liga Kebangsaan yang pasti memberi saingan sengit dan lebih mencabar.
terima kasih semua........

baca lagi klik sini......