CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 06, 2009

Felda...Felda....Felda.....Felda...

Salam..kami akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari esok untuk bermain di 'play off' bagi melayakkan diri untuk beraksi di Liga Futsal Kebangsaan 2009/2010. Pada dasarnya, di atas nama kelab SAJ FC kami telah layak untuk bermain di kejohanan ini yang dijangka akan bermula pada bulan Oktober ini. Disebabkan masalah teknikal dan kelab kami telah digantung daripada beraksi. Berbekal latihan intensif selama seminggu kami akan mengharungi cabaran ini. Beberapa pemain seperti Noh, Doth and Ad dijemput bermain bagi melengkapkan pasukan MJ-AJ ( Melodies Jaya-Air Johor) ;p.

Terima kasih pihak berwajib yang membantu kami agar terus dapat bermain di kejohanan ini. Mengikut perancangan kami akan bertolak pada jam 7.45 malam. Undian akan dijalankan pada pagi Jumaat. Sports Arena, Klang merupakan venue kejohanan. Kelab wanita secara keseluruhan mempunyai 9 pasukan dan merebut 5 tempat kekosongan. Pasukan yang berjaya menjadi johan pada pusingan pertama 'play off" ini, secara automatiknya mereka telah mendapat tempat untuk beraksi pada Oktober ini. Terima kasih kepada semua pemain diucapakan ribuan terima kasih diatas semangat dan komitmen anda. Walaupun pada mulanya semua kecewa dengan keputusan penggantungan ini, seperti kata coach kita hanya menumpang nama hakikatnya kita tetap SAJ FC. Diharapkan perjalanan kita dari JB hinggalah tamat kejohanan selamat dan diberkati. Terima kasih kepada Noh, Doth dan Ad kerana sudi bermain dan memperkukuhkan pasukan ini. Salam perjuangan kepada MJ-AJ (SAJ FC), berikan yang terbaik! 200% guys~~!!

1 comments:

ShaLLeyShaLina said...

All da best SAJ FC!!!!!