CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 18, 2009

Harian Metro Zon Selatan 2009..

Selamat malam yang sepi ini, eden menyampaikan pesanan dari Coach sekali lagi kepada pemain-pemain yang melibatkan diri pada hari Ahad ini bagi Harian Metro Selatan 2009. Anda diminta menjaga diri baik-baik, jaga displin dan elakkan kecederaan. Diharapkan dengan penglibatan anda semua memberi kesan positif kepada diri anda dan kita semua hahahahaha. Pemain-pemain yang bermain ialah..


Pai & Yatt - A7 GT
Mira - Coba Aje Lah!
Tam & Yash - DOTH FC
Ain & Abg - NJAC
Beck - Aura FC


Salam maju jaya....

p/s : bagi yang ader bermain selain senarai di atas maklumkan kepada yang berkenaan yea..tq

baca lagi klik sini......

Friday, July 17, 2009

M1 : Larian 3.6km

Salam, minggu pertama (M1) bagi 'foundation week' telah bermula. Latihan berjalan seperti yang dijadualkan. Larian 3.6km dilaksanakan dgn jayanya bagi mereka yang hadir (bagai nak pocah dada kekekeke). Tahniah bagi mereka yang lengkap yea larian nyer pada minggu ini. Pada yang tak lengkap anda dikira berhutang dan perlu menggantikannya ;p. Mengikut jadual, larian ini akan tamat pada sesi latihan minggu hadapan iaitu pada 23hb Ogos 2009 untuk melengkapkan larian 21km sebelum memulakan latihan padang dengan fizikal yang lebih bersedia cheewahh ;p. Eden akan upload jadual bagi catatan masa yang hadir. berdasarkan rekod yang tercatat tahniah diucapkan peningkatan prestasi dari hari ke hari memberangsangkan diharap ianya berterusan. Sila lihat catatan masa anda sebagai rujukan..(den blom bole upload hu3..email tak sampai2 laie huhu)



baca lagi klik sini......

Saturday, July 11, 2009

Jadual Latihan Felda-FAM 2009..

Salam...seperti yang telah diketahui pihak Felda-FAM telah pun menhantar surat pemberitahuan berkenaan Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM 2009 akan bermula pada bulan Oktober. 16 pasukan akan bertanding pada liga ini. 12 pasukan teratas pada pusingan lepas secara automatik layak bermain pada kejohanan ini, sebanyak 4 pasukan lagi akan dipilih dan akan bermain "play off" bermula pada 8hb Ogos 2009 ini. Coach telah pun menyediakan jadual latihan intensif bagi persediaan menghadapi kejohanan ini. Diharapkan pemain-pemain akan memberikan komitmen sewajarnya dan menyusun jadual harian masing-masing agar tidak menggangu waktu latihan ;D (dlm hati "banyak cantikk..tak kan nak main putsal jew" kah3). Sila semak jadual berikut ;p tq...









baca lagi klik sini......