CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 29, 2009

Majlis Makan Malam Felda Kebangsaan..


Salam, baru sahaja tadi berlansung majlis makan malam dan pemberian wang kemenangan Liga Futsal Kebangsaan Felda 2008-2009, walaupun agak terlewat sampai gak hari yang ditunggu hi3 kelewatan majlis disebabkan oleh kelewatan penerimaan wang dari pihak PBNJ kots.
Majlis diadakan di restoran Remaja, Uda. Beberapa pemain tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar JB dan shaye pun tak pasti kenapa mereka tak hadir hahaha ade hal penting yang perlu dihadiri. Hampir semua pegawai hadir Yang Dipertua SAJ FC, Tuan Haji Latib Lamingun dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Dipertua SAJ FC, jurulatih2 dan pegawai2 serta kapitan pasukan. Majlis diteruskan dengan makan malam.Selesai makan malam penyampaian sijil dan wang kemenangan diberikan.
Perhargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pemain-pemain atas komitmen sepanjang kejohanan berlansung, terima kasih kerana membawa nama syarikat tanpa berbelah bagi. Semoga usaha ini berterusan dan memastikan SAJ FC terus cemerlang. Pendedahan yang diterima sepanjang kejohanan diharapkan dapat mematangkan lagi dan memberi pengalaman berharga kepada SAJ FC.
Selesai penyampaian hadiah, kami pun bersurai memandang shumer perlu bekerja keesokan hari nya..kiter enjoy labour day ti eh hihihi..oh yep nice sijil credit to En Ahmad Fatah Bin Zubir :) & Cik Amira Sariati ha3 full name..maceh..
Thanks to all sekali lagi.......



2 comments:

adeputra said...

tahniah...

Pai said...

thanks :)...rerajin mai